Friday, February 27, 2009

Ghetto Heaven

Poster untuk Ghetto Heaven,Zouk

Tuesday, February 24, 2009

I'm Happy

Dont Disturb!





Haha..apa bende la aku buat ni,xcantik langsung..ade hati nak tampal kat pintu..
syok sendiri!Papepun aku enjoy ngan mende ni..masuk bilik gelak2...yaba!

Friday, February 20, 2009

Balik kampung!

Skang aku berada dikg halaman menjenguk ayahanda dan bonda tercinta,cewahh!!
Amik kata2 semangat,amik berkat,restu dan muhasabah diri..jauh dikota indah disini..



Esok aku sambung tulis..........

Wednesday, February 18, 2009

Conteng dan rm25.00


Belakang sofa ade kanak-kanak riang,sape yang dok sofa ini akan menikamti suasana yang hormani :))

Ni adalah bateri imac kat bakang,sederhana besarnya.Aku buat tahun lepas time event Rantai untuk sahabat Rahman..


Ni adalah kasut aku jual kat kawan-kawan dan sahabat handai seiring denganku,kunun-kunun nak nampak gerek la tapi jauh panggang dari api,xmenarik langsung..hanya gemar memuji diri sendiri.Gambar ni adik aku yang pakai,so kelihatan longgar,maklumlah apa yang ada didepan mata..haha..mesti member aku memaki aku tentang kasut ni,dah la mahal?pastu dah xtahan lama,banyak mende aku menipu...walau macam mana pon.ia sudah tiada lagi.Aku wat 10 pasang je,sepasang berharga rm25,haha..Padan muke!

Conteng lagi!


belakang sofa ade kanak-kanak riang,sape yang dok sofa ini akan menikamti suasana yang hormani

Tuesday, February 17, 2009

Hobi baru!


Yeha..aku mempunyai sebuah kolam ikan agak besar juga,siap ade air terjun Sg.Gabai lagi..yeah!
Ade ikan gapi,kembung,jelawat,talapia merah,sipot sedut,kerisi,tamban laut dan seketol kuda laut paras lutut.Bangun tido tengok ikan,nak tdo pon tengok ikan..balik kije bagi ikan makan seperti berikut

Menu ikan setiap hari

Pagi - Murtabak daging dan vitagen kale purple
Tengahari - Nasi campur dan air putih
Petang - Teh o suam dan pisang goreng
Malam - Susu Anlene


bekas telur Sue Anna Joe dan Pitt,tempat permainan ikan aku,hehe



Bangun tido,ade sekor ikan mati..ia benar2 mati,aku ingatkan dia berpura-pura untuk meraih simpati..haih

Monday, February 16, 2009

Hiburan Lewat Malam






Kiri :Kipas Singe-menawan keluarga bahagia (Press Nstp Photographer)
Tengah: The Matrix Jambol (Ticketing Malaysia Airlines)
Kanan: Joe Kidos (Graphic Designer)



Selamat Malam!

Thursday, February 12, 2009

4.00AM

Tatkala malam redupan bulan melanda,
Alunan muzik berirama putaran sampai pagi,
Kabus asap dibilik mula macam kabus,
Terlentang terkulai menghempap kapas empuk,
Memandang ke atas menghitung detik,
Desas desus bunyinya nafas,
Dan itulah redup mata lalu menunggu sinaran mentari.


4.00am - selamat malam!

Mickey Mouse Malaysia



Hahah...try la makan dan duduk dmana-dimana warung atau kedai-kedai makan di sekitar kl ni,mesti anda ada nampak kelibat tikus yang berpusu-pusu dan berkejaran sesama sendiri,amboi kemain beso lagi perot dia.ekor pon dah naik matang..haha..ade naik atas bumbung kedai ade juga yang main gelongsor-gelongsor di anak parit..aksi yang comel dan lincah menggamatkan suasana,begitu?
Time aku balik kije,sedang asyik berjalan menuju ke rumah..ade seekor tikus sedang melintas lalu didepan aku barangkali dia pon mempunyai hasrat yang sama macam aku..baru balik kije nak pulang ke rumah..haha..boleh plak lalu depan aku..adoyai! silakan sang tikus lalu,kata aku pada si comel itu.
So kepada pemimpin-pemimpin kat Malaysia,daripada dorang gado-gado lebih baik fokus menangani masalah ini yang aku rasa makin menjadi-menjadi.Takpun korang teruskanlah dengan politik yang macam hape,biorkan tikus-tikus comel ini yang akan menjadi presiden pastu dorang lepak umah korang plak..end

Wednesday, February 11, 2009

Mula beraksi


Ni adalah projek animasi aku dan kawan-kawan yang telah dipertandingan pada tahun lepas di Animation Competition 2008 anjuran pihak Mdec dan Astro dan hanya layak sebagai 10 terbaik..dan pada tahun ini juga Pre-Produksi aku dijalankan tidak lama lagi..insyaAllah ia bakal ditayangkan.

Monday, February 9, 2009

Done!






Ni adalah scene untuk projek arab yang xguna tu tapi still dia baik ati,nak tak nak aku kena layan mende ni ari2 memandangkan ini adalah rezeki.Layout ni dibuat oleh Sagu dan situasinya agak bersepah dan kelam kabut.Aku malas nak melayan mende ni lama-lama sebab kije ni ade beribu yang akan datang kat aku nanti,asal boleh dan belasah je..ade sket drop shadow jadikla.So sebelum bebudak arab tu komen aku punya kije esok,lebih baik korang yang komen dlu, klu ade rasa yang perlu nak ditambah dan dikritik dalam bekgron ni,silalah memberi komen yang membina..thanks






Sunday, February 8, 2009

Super Sampler Hero








Sudah sekian lama tak menggunakan kamera ini berikutan kegawatan ekonomi.Hampir seluruh tubuh badan kamera ini dibedil dengan habuk2 jahat yang menjalar dengan hebatnya dan alhamdulillah ia berjaya digunakan kembali.

Thursday, February 5, 2009

Hujung minggu bersama adik-adik

Nabila, Natrah, Nadira sedang membuat istana pasir menggunakan pasir simen,haha

Nadin, Nabila, Nadira, Natrah dan Shasha






Ni kali pertama aku menjejakkan diri ke satu tempat yang agak tak diduga,ada sungai rupanya di belakang zoo negara.Nama tempat tu Kemerlah,eh salah Kemensah barang kali.Tepat jam 9 pagi aku sampai disana bersama dengan keluarga En.Shaharuddin.

Wednesday, February 4, 2009

Toys!

yeah! i love toys

Sunday, February 1, 2009

Superhero Abad Ini

Syabas buat Recep Tayyip Erdogan(Perdana Menteri Turki) , Muntadar Al Zaudi,(Wartawan) kerana perangainya yang menghiburkan.Aku bangga dengan kalian berdua

ptg tadi aku ade sms mereka berdua dalam jam 25.56pm waktu Cheras.
Ini ceritanya..





Aku: Hello geng,apa cer..ko main gile apa?
Recep Tayyip Erdogan: eh ali,apa khabar?dah makan?citer apa dude?
Aku: haha...aku baik-baik je,dah makan tadi aku bedal mee goreng basah ngan telur goyang.Ko gado ngan Shimon Peres eh?gile samseng ko..
Recep Tayyip Erdogan: haha..stended ar,malas kadang tengok org banyak bunyi ni,cam ade rasa nak berentap je..tu baru mukadimah je tu,org kata 20% la..
Aku: .....sending failed(kedit abis)


Aku: hye bang,haha
Muntadar Al Zaudi: wei geng(ceh!)
Aku: Tahniah la wei,haha..kena kasut si Bush tu ye,sangat hina..xyah pakai pedang pon dah ok dah tu,sipo je cukup nak setlekan mamat tu..haha,klu aku xde baling-baling kasut, kasi kepala tali pinggang je..
Muntadar Al Zaudi: xdelah,aku hangin je ngan anak aku tadi pagi,ade ke balik lambat sampai 4.00 pagi baru nak balik sarang,esokkan dia nak gi sekolah..jimbraol betol,tu yang aku lepaskan kt Bush tu..sangat merimaskan ok..haha,bad mood sampai ke tempat kije,ye tak?
Aku: Good job dude!