Wednesday, July 8, 2009

Tuesday, June 30, 2009

Tee for sale!



RM45.00

www.zoukclub.com.my


Friday, June 26, 2009

Al-Fatihah (1958-2009)


Michael Jackson,in memory 1958-2009

Thursday, June 25, 2009

Uyeh bebeh!


arghh..lama xupdate..

Friday, May 15, 2009

Thursday, May 14, 2009

Suar basah

perghh..arini naik moto gi kije bila sampai diopis terasa punggungku amat sejuk sekali..haha..
rupa-rupanya seat moto aku bocor..sejuk!..juk..

Tuesday, May 12, 2009

Pulang ke kg halaman


Aritu aku pulang ke Desaru menjenguk ayahanda dan bonda disana.Sesekali kalau dapat pulang ke kg memang puas dan tarik napas lega jauh dari kesibukkan di bandaraya.Kicauan burung indah menyanyi redup mata dihati,cewah..haha..Shasha pon ikot sekali bawak pelampong itik bersama tiko mengkuang,dia kata nak tdo kat pasir,empuk-empok gitu..maap yang!kiki..Start 10.30pm aku gerak dari kl-penawo sampai dalam kol 3.30am. Aku berharap sangat org tua aku sihat-sihat sahje dan sentiasa mengingatkan diri aku selalu agar aku akan jenguk mereka disana.

Tuesday, April 28, 2009

Enjoy!



Ni adalah cover depan untuk barsonic untuk bulan May 09,so sesape yang meminati muzik funky dan elektro..silalah dtg ke Zouk..ade Dj Jack Beats beraksi pada 16 May ni..enjoy!!

Tuesday, April 7, 2009

Sunday, April 5, 2009

Monday, March 30, 2009

Done!




Hahah..simple je,xyah nak main gradien,xyah main shadow2 sangat..
pada bos2 yang xsuke work ni..nak wat camnekan..mende ni dah print dah..xleh nak tarik balik..
sape nak tengok work dari jarak dekat..datang la zouk yerk...hahaha,ckp work ali ade x?xyah masuk la..amik work ni je..ye x?

Saturday, March 21, 2009

Barsonic April 08,Zoukclub

Bos kata banyak cantik maa..padahal lom siap lagi..u know what,im very low profile ok,ahaha..malu2 gitu!

Thursday, March 19, 2009

Jangan merokok lagi




lawak dan tergamam.

Friday, March 13, 2009

Tahniah!





Gambo ni aku curik kat blog manusia ni http://cikanum.blogspot.com/,nama dia anum..xnak ckp banyak,xnak tulis banyak,hanya mahu ucap "tahniah!' kat Lily dan Nurman

Tuesday, March 3, 2009

Hangin-angin

Bile secebis hati ini merasakan sesuatu ada riuh sedikit
disudut-sudut hati kenyal disebelah kiri,
tatkala fikiran ini sibuk berkeliaran disana sini,
sana sukar disini pula sering ada keluhan melanda.
Ah! hilang terus sudah yang tiada tahu arahnya,
kejap itu kejap begini..
Dimana?eh..eh menjelma pula,
Apakah?Bila memikirkan, ia begitu sukar untuk melangkah..
tiada usaha,tidak bernyawa.
Hari demi hari,tetapan sudah ditulis..
Apa lagi?berdiam?oh tidak,mana boleh..
takkan dapat 'pelislah!'
Jgn kau mengelamun dimalam hari,
jgn kau berkhayal dipagi hari..
goyang-goyang kaki bersimpul rapi,
kain terselak memberikan sang angin masuk,
oh sejuknya melibas-libas si dia
Nadi berdenyut hebat,timbul-timbul terpacak kaku,
hanya mendengar rintihan dan bisikan,
mengenal latarbelakang,merasai apa jua kesukaran,
dan itu adalah pembimbing tingkah laku yang harmoni

Noktah....

Monday, March 2, 2009

Dont Disturb



JGN KACAU AKU LA NGOK! AKU NGANTOK

Aritu aku conteng-conteng kat paper n then ni skang aku dah try kaler dikala buhsan diopis..
asal ade kaler jadikla..ye tak?

Friday, February 27, 2009

Ghetto Heaven

Poster untuk Ghetto Heaven,Zouk

Tuesday, February 24, 2009

I'm Happy

Dont Disturb!





Haha..apa bende la aku buat ni,xcantik langsung..ade hati nak tampal kat pintu..
syok sendiri!Papepun aku enjoy ngan mende ni..masuk bilik gelak2...yaba!

Friday, February 20, 2009

Balik kampung!

Skang aku berada dikg halaman menjenguk ayahanda dan bonda tercinta,cewahh!!
Amik kata2 semangat,amik berkat,restu dan muhasabah diri..jauh dikota indah disini..



Esok aku sambung tulis..........

Wednesday, February 18, 2009

Conteng dan rm25.00


Belakang sofa ade kanak-kanak riang,sape yang dok sofa ini akan menikamti suasana yang hormani :))

Ni adalah bateri imac kat bakang,sederhana besarnya.Aku buat tahun lepas time event Rantai untuk sahabat Rahman..


Ni adalah kasut aku jual kat kawan-kawan dan sahabat handai seiring denganku,kunun-kunun nak nampak gerek la tapi jauh panggang dari api,xmenarik langsung..hanya gemar memuji diri sendiri.Gambar ni adik aku yang pakai,so kelihatan longgar,maklumlah apa yang ada didepan mata..haha..mesti member aku memaki aku tentang kasut ni,dah la mahal?pastu dah xtahan lama,banyak mende aku menipu...walau macam mana pon.ia sudah tiada lagi.Aku wat 10 pasang je,sepasang berharga rm25,haha..Padan muke!

Conteng lagi!


belakang sofa ade kanak-kanak riang,sape yang dok sofa ini akan menikamti suasana yang hormani

Tuesday, February 17, 2009

Hobi baru!


Yeha..aku mempunyai sebuah kolam ikan agak besar juga,siap ade air terjun Sg.Gabai lagi..yeah!
Ade ikan gapi,kembung,jelawat,talapia merah,sipot sedut,kerisi,tamban laut dan seketol kuda laut paras lutut.Bangun tido tengok ikan,nak tdo pon tengok ikan..balik kije bagi ikan makan seperti berikut

Menu ikan setiap hari

Pagi - Murtabak daging dan vitagen kale purple
Tengahari - Nasi campur dan air putih
Petang - Teh o suam dan pisang goreng
Malam - Susu Anlene


bekas telur Sue Anna Joe dan Pitt,tempat permainan ikan aku,hehe



Bangun tido,ade sekor ikan mati..ia benar2 mati,aku ingatkan dia berpura-pura untuk meraih simpati..haih

Monday, February 16, 2009

Hiburan Lewat Malam






Kiri :Kipas Singe-menawan keluarga bahagia (Press Nstp Photographer)
Tengah: The Matrix Jambol (Ticketing Malaysia Airlines)
Kanan: Joe Kidos (Graphic Designer)



Selamat Malam!

Thursday, February 12, 2009

4.00AM

Tatkala malam redupan bulan melanda,
Alunan muzik berirama putaran sampai pagi,
Kabus asap dibilik mula macam kabus,
Terlentang terkulai menghempap kapas empuk,
Memandang ke atas menghitung detik,
Desas desus bunyinya nafas,
Dan itulah redup mata lalu menunggu sinaran mentari.


4.00am - selamat malam!

Mickey Mouse Malaysia



Hahah...try la makan dan duduk dmana-dimana warung atau kedai-kedai makan di sekitar kl ni,mesti anda ada nampak kelibat tikus yang berpusu-pusu dan berkejaran sesama sendiri,amboi kemain beso lagi perot dia.ekor pon dah naik matang..haha..ade naik atas bumbung kedai ade juga yang main gelongsor-gelongsor di anak parit..aksi yang comel dan lincah menggamatkan suasana,begitu?
Time aku balik kije,sedang asyik berjalan menuju ke rumah..ade seekor tikus sedang melintas lalu didepan aku barangkali dia pon mempunyai hasrat yang sama macam aku..baru balik kije nak pulang ke rumah..haha..boleh plak lalu depan aku..adoyai! silakan sang tikus lalu,kata aku pada si comel itu.
So kepada pemimpin-pemimpin kat Malaysia,daripada dorang gado-gado lebih baik fokus menangani masalah ini yang aku rasa makin menjadi-menjadi.Takpun korang teruskanlah dengan politik yang macam hape,biorkan tikus-tikus comel ini yang akan menjadi presiden pastu dorang lepak umah korang plak..end

Wednesday, February 11, 2009

Mula beraksi


Ni adalah projek animasi aku dan kawan-kawan yang telah dipertandingan pada tahun lepas di Animation Competition 2008 anjuran pihak Mdec dan Astro dan hanya layak sebagai 10 terbaik..dan pada tahun ini juga Pre-Produksi aku dijalankan tidak lama lagi..insyaAllah ia bakal ditayangkan.

Monday, February 9, 2009

Done!






Ni adalah scene untuk projek arab yang xguna tu tapi still dia baik ati,nak tak nak aku kena layan mende ni ari2 memandangkan ini adalah rezeki.Layout ni dibuat oleh Sagu dan situasinya agak bersepah dan kelam kabut.Aku malas nak melayan mende ni lama-lama sebab kije ni ade beribu yang akan datang kat aku nanti,asal boleh dan belasah je..ade sket drop shadow jadikla.So sebelum bebudak arab tu komen aku punya kije esok,lebih baik korang yang komen dlu, klu ade rasa yang perlu nak ditambah dan dikritik dalam bekgron ni,silalah memberi komen yang membina..thanks






Sunday, February 8, 2009

Super Sampler Hero








Sudah sekian lama tak menggunakan kamera ini berikutan kegawatan ekonomi.Hampir seluruh tubuh badan kamera ini dibedil dengan habuk2 jahat yang menjalar dengan hebatnya dan alhamdulillah ia berjaya digunakan kembali.